Thursday, September 17, 2009

Warkah Ramadhan (2)

Bismillahir Rahmaanir Raheem.
As Salamu Alaikum warahmatullah ibu ayah dan keluarga,

Kejam celik kejam celik kita sudahpun berada di penghujung Ramadhan. begitu pantas masa berlalu....atau sememangnya kita ini terlalu sibuk denagn urusan dunia hingga tak sedar masa yang berlalu?. Bagaimana Ramadhan kali ini ayah dan ibu?. Anakanda berharap ianya Ramadhan yang paling bermakna..InsyaAllah.

Di saat saat akhir Ramadhan ini , selalu saat yang paling syahdu terutama buat diri anakanda yang jauh dari keluarga. Entah bila lagi kita dapat bersua dan sama sama menikmati Ramadhan. Setiap kali anakanda bertemu dengan warga tua di sini, rindu keluarga tak terhingga rasanya. Selalu anakanda mengusap mereka dan berdoa semua mereka di beri kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Doa anakanda sebgaimana tercetusnya rasa sayang, belas ikhsan terhadap mereka, begitu lah hendaknya harapan anakanda, ibu dan ayah disayangi. Anakanda mungkin tak dapat mendakap ibu dan ayah, tapi warga tua disini sebagai pengganti. Selalu belaian anakanda dibalas dengan senyum dan dakapan dari mereka.

Teringat anakanda peristiwa semasa anakanda berjualan di pasar "art and craft" di satu hari Sabtu.Jualan tidak seberapa hari itu, penatnya bukan main ditambah harus anakanda membawa tasneem dan Nuruddin bersama kerana tiada siapa yang dapat menjaga mereka di rumah... rasa hati mahu berkemas saja dan pulang..namun hati ini terdetik untuk berdoa kepadaNya, "Ya Allah, kalau hari ini tidak ada rezeki yang baik buatku sekurang kurangnya redha dan tenangkan hatiku menjalankan tanggungjawabku..berilah aku sesuatu yang akan menyenangkan hatiku ya Allah".

Di pojok sana berhampiran dengan tasik , anak anak bermain dambil memberi makan itik itik di tasik. Risau di hati, takut terjatuh ke dalam tasik, aku terus berlari mendapatkan mereka....Berdekatan dengan tasik ada bangku bangku tersusun untuk kemudahan pengunjung, duduk tenang seorang ibu tua. Kelihatannya seperti dari tanah Arab, ku dekatinya sambil memberi salam dan mendakapnya tanda hormat. Dia membalas salam dan mendakapku dengan lebih erat lagi. terasa seperti ibu yang memberiku dakapan itu. Terasa seperti kasih sayang dan kemesraannya mengalir di tubuh anakanda...begitu mesra sekali seolah olah sudah lama kenal....Dengan penuh senyuman, dia berbicara dalam bahasa Arab, lalu anakanda berpaling ke arah suaminya yang kebetulan duduk di sebelahnya. Dia beritahu yang isterinya tidak boleh bertutur bahasa Inggeris dan dia terus terjemahkan akan kata kata ibu itu terhadap anakanda.

Terharu sungguh bila anakanda mendengar kata katanya. Rupa-rupanya sedari tadi dia asyik memerhatikan anakanda dari jauh. Katanya, dalam hatinya dia tahu anakanda seorang anak yang baik dan muslim yang baik.

Aduh!..Allah sambut doa anakanda kiranya....kata kata itu sudah cukup melapangkan dada anakanda dihari itu. Mungkin rezeki kurang hari ini tapi dengan kata kata ibu tua itu sudah cukup...memberi kepuasan buat anakanda.

Ibu , ayah...ternyata...kasih saynag dna tunjuk ajarmu tak sia sia. Sudah dapat pengiktirafan insan lain. Berbanggalah ayah dan ibu, anakmu ini akan coba dan menjadi insan yang ibu dan ayah mahukan....seorang insan muslim yang bukan hanya mengerjakan suruhan Allah tapi juga menjadikan segala ajaranNya sebagai pengajaran hidup. " Tidak ditingkatkan iman seseorang itu selagi tak di uji..." antara firman Allah.

Pastinya tinggal di perantauan ini banyak menginsafkan dan banyak ujian. Segala ujian itu ada yang mudah ada yang getir....dengan berbekalkan pengalaman, setiap ujian itu dapat anak anda lalui dengan tabah berkat kesabaran dan dorongan suami anakanda dan anak anak juga. Allah adalah sumber tempat anakanda bergantung, tidak boleh dibayangkan tanpaNya...mungkin hidup diperantauan ini akan sama sekali berbeza...hanyut bersama sama mereka yang berfikiran materialistik , angkuh...aku aku engkau engkau.

Mungkin juga berkat do'a ibu dan ayah, anakanda kuat mengharungi arus eras di bumi Amerika ini.Tidak perlu bermegah megah dengan harta dunia, sedekah walaupun hanya dengan tamar di tangan, luangkan masa walaupun sudah tidak punya masa yang lebih untuk beristirehat....kerana anakanda tahu ganjarannya akan berlipat kali ganda. Kalau tidak di dunia, ianya pelaburan di akhirat...Alhamdulillah, anakanda dikelilingi dengan kawan kawan yang smeuanya murah hati, ringan tangan untuk membantu orang lain walaupun dirina tak punya apa apa. Kadang-kadang , ajaib sungguh memikirkan dari mana mereka dapat kekuatan unutk melakukan segala amal jariah sedang kalau dari mata kasar manusia, dia tak pun apa-apa...Anakanda cuba untuk menjadi sepertinya....kikis kata kata" aku tak punya wang untuk menderma"..sedang kita masih mampu makan 4 kali sehari dan ada insan lain yang langsung tak mampu untuk makan...atau kata kata " aku tidak punya masa untuk beramal jariah"...sedangkan masih ada masa berjam jam di hadapan computer dan televisyen.

InsyaAllah ibu dan ayah, anakanda akan terus cuba untuk menjadi insan yang ibu dan ayha inginkan. Harapan anakanda, jangan putus putus mengirim do'a untuk anakanda dna keluarga. Dapat anakanda rasakan hingga kelubuk hati setiap do'a yang dikirim.

Ayah and ibu, anakanda akhiri warkah ramadhan di sini dahulu. InsyaAllah, akan cuba anaknda menulis lagi jika masa mengizinkan. jaga diri dan kesihatan ya ayah dan ibu?.InsyaAllah, kalau diizinkan kita akan bertemu di alam siber untuk berkomnikasi melalui computer dan webcam di malam raya kelak.

Dengan itu juga, anakanda ingin memohon sepuluh jari emmohon kemaafan dari ayah dan bonda. Ampunkanlah kesilapan anakanda sepanjang anakanda menjadi anak kepada ibu dan ayah. Halalkan segala makan dan minum. Terima kasih ayah dan ibu kerana menjadi ibu dan ayah yang terbaik dalam diri anakanda. Pelik cium, sayang rindu, kucupan mesra buat ayah dan ibu.

" Ya Allah, kau berikan taufiqMu dan hidayahMu buat ibu dan ayah. Berikan ketenangan jiwa dan kesabaran dalam menghadapi ujian hidup mereka. Taburkan kasih sayang di hati mereka dan taburkan kasih sayang untuk mereka. Hujani Rahmah dna Raheem untuk mereka ya Allah. Sediakan permaidani indah kesyurga untuk mereka ya Allah. Berikanlah keselesaan di alam barzakh mereka ya Allah, dengan bau bauan kasturi. Kumpulkan mereka bersama sama orang orang yang Kau muliakan...satukan kami ssemua di alam syurga ya Allah....ameen ameen ya Rabbal a'lamin".

Saturday, August 22, 2009

Warkah Ramadhan (1)

As Salamu Alaikum warahmatullahi wabaraktuh....
Sudah lama tidak mengemas kini blog ini...bukannye sudah lupa...tapi masa tak mengizinkan dan computer pula meragam.

Apa kahbar ayah dan bonda?.Annakanda di sini sihat begitu juga keluarga anakanda yang lain. InsyaAllah anak anak cuba belajar pausa tahun ni...Sebenarnya dah beberapa tahun mereka mencuba, ada yang tahan sepenuh hari ada yang tahan sekejap hari jer..:).


Semalam anakanda dan suami pergi berterawih di masjid. Pertama kali kali berterawih di masjid ADAM setelah hampir 3 tahun di sini. Amat syahdu sekali mendengar bacaaan Quran dari tuan Imam...terasa seperti di tanah suci..alunan suaranya...tak terasa panjang sekali bacaannya.

Diluar hujan serta kilat dan petir berdentum, tak di sedari. Kami lalkukan 8 rakaat sahaja walaupun imam akan habiskan 20 rakaat, mahu rasanya tinggal lama di masjid, tapi kesian anak anak dirumah, dijaga ayah mertua.

Ayah dan bonda, Ramadhan kali ini, rasanya sayu betul di hati...terasa begitu bermakna sekali...tak tahu kenapa. Rasanya dunia ini sudah terlalu tua...tak tahu entah dapat bertahan ataupun tidak untuk bertemu Ramadhan di akan datang. Ramai benar orang orang yang soleh kepergian menemui Allah tahun ini. Seolah olah memberitahu kita, sudah masanya untuk tinggalkan dunia yang bakal munah ini....aduh mungkin nanti yang tinggal orang orang yang masih alpha akan adanya akhirat...


Ayah dan Bonda, tak putus du'a anakanda buat ayah dan bonda serta keluarga tercinta, agar Allah melindungi kita semua dari kemusnahan dan kecelakaan dunia ini. Diberi umur yang panjang dan sihat bukan untuk mengejar harta tapi untuk terus sujud kepadaNya. Dilapangkan dada untuk menerima realiti hidup dengan penuh rasa tawadhuk kepada Allah. Membuka minda untuk menerima orang kenyataan bahawa semua manusia itu serupa pada fisikalnya . Kita asalnya dari ayah Adam a.s beserta ibunda Hawa a.s...dari satu kaum dan rumpun.

Ayah dan Bonda, di Ramadhan yang mubarak ini mengenangkan anakanda waktu waktu kita bersama-sama menyambutnya.Entah bila kali terakhir kita berRamadhan bersama ye?. Ya Allah!....terlalu lama rasanya. Hidup anakanda diperantauan ini terlalu lama rupanya...Mungkin kali terakhir kita bersama menghirup udara Ramadhan semasa tahun terakhir anakanda di Malaysia sebelum berhijrah ke Amerika....1997. Itupun tak lama bersama kerana anakanda tinggal di KL bekerja, hanya balik beberapa hari sebelum raya...

Aduhai!...terkenang zaman anak anak betapa indahnya Ramadhan. Bonda kejutkan sahur, dikepal-kepalkan nasi dan disuapkan ke mulut anak-anak. Ramdhan zaman kanak-kanak amat indah dengan cara yang tersendiri...gembira kerana rumah sekeliling akan terang benderang dengan cahaya lampu tujuh likur, di masjid sibuk sentiasa dengan persiapan bubur Asyura, di jalan jalan penuh dengan peniaga menjual juadah....Pesta makanan di bulan Ramadhan!...
Teringat anakanda akan Kak Long yang sibuk membuat koleksi air minuman yang berjenis jenis untuk berbuka...lucu sekali!. Tapi yang minumnya hanay laa sedikit....Kalau makanan dari hujung dinding ke hujung dinding panjangnya hasil ibadat saling mengingati jiran jiran dengan bertukar tukar juadah. Selepas maghrib, ayahanda akan terus ke masjid, adik adik lelaki yang lain mengikut juga ...tapi banyak main dari solatnye...maklumlah anak anak...

Indahnye Ramadhan di zaman kanak kanak.....bila sudah meningkat usia, Ramadhan masih dirasakan indah..tpai dengan erti kata yang berbeza....Ayah dan bonda, terima kasih kerana telah membesarkan anakanda. Memberi tunjuk ajar tentang erti kehidupan sebenarnya. Hidup merantau sejak unur anakanda 19 tahun sehingga sekarang, banyak membuka mata dan hati tentang suruhan Allah untuk bertebar di muka bumi ini...." supaya kamu boleh kenal mengenal ..". Itu yang anakanda rasakan sekarang. keindahan merantau...mengenali manusia sejagat yang berbagai bagai latarbelakang dan agama.

Ayahanda dan bonda, waktu tak mengizinkan anakanda berbicara panjang. InsyaAllah kita akan bertemu di lain warkah ...

Selamat berpuasa ayah dan bonda, semoga di berkati segala ibadat kita...

wasalam.

Anakanda.

Wednesday, July 29, 2009

Kerja part time jadi penterjemah....

Isnin lepas dah mula kerja semual. Part time..jadi translator.Alhamdulillah...part time pun part time laa...yang penting..dapat pengalaman boleh tambah kat resume tu ha...kerja untuk department of defense..bukannye senang daapt kerja dengan mereka ni.

Semua dokumen dikira rahsia. So...kat sini tak lah boleh bercakap lebih lebih karang kena lak tahan..tak pasai pasai.

Semalam ayah Rashid datang dari California. Nasib baik ada dia..tolong bantu jengokkan bebudak.Aku pulak kerja dari pukul 9 hingga 6 ambil peluang terlanjur bapa mertua ada kat sini.

Alhamdulillah, so far no bad...balik rumah, anak anak dah tolong cuci pinggan dan cuci baju..Rashid tolong masak dinner..Hari ni bapa mertua masak "steak". Rashid buat "mashed potato dan green bean"....sodappp...dah lama tak makan ala mat saleh ni ha.

Kerja ni only for a month aje...tapi syukur juga laa sekurang kurang nye gaji tu boleh ler bayar cukai rumah kat Hawaii tu ha...tak ler tak tahu sampai bila nak maintain rumah kat Hawaii tu. Dah tak larat rasanye.

Minggu depan Rashid dan Izzuddin pergi camping lagi.kesian Izzuddin harap dia laratlah berjalan. Kaki dia bukan boleh buat berjalan jauh...sakit. Masih tak terbeli lagi kasut dan alas kasut khasnye.Tak ada saiz pulak.Leceh betul.

Hari Sabtu ni pula nak buat jualan makanan kat Asian Festival. Kawan Indonesia nak tolong jualkan.Entah ada masa ke tak nak masak. Sayang kalau tak ambil kesempatan. Orang dah nak tolong jual, kenalah cari masa utnuk membuatnye. InsyaAllah mana tahu berkat jualan, ramai permintaaan selepas ni.

hmm...rasanye ini jer yang boleh update hari ni...penat dan mengantuk. Esok nak meredah lagi rusuhan manusia untuk pergi kerja.

InsyaAllah kalau ada waktu dan kesempatan akan update lagi.

Salam sayang keluarga semua.

Thursday, July 23, 2009

Asam pedas ikan sembilang dan bak choy masak oyster sauce khas buat ayahanda dan bonda

Every time home sick, mesti nak masak masakan Melayu. So hari ni khas buat abah and mak.....kite masak asam pedas ikan sembilang. Tak ler sesedap masakan arwah Tok Nah and Mak. tapi terubat jugak rindu dihati. Disertakan dengan baby bak choy dengan oyster sauce rencah ikan bilis. Ini bahana masak asam pedas. Sinki berlambak pinggan mangkuk. Bila nak basuh?.Nantilah tunggu malam sikit...Seifuddinpun dah pandai makan asam pedas cicah bersama roti.Ni semangkuk asam pedas yang nak dihidang. Siap dengan bendir dan kaun kesum lagi.

Ni hah seperiuk asam pedas. Baby bak choy dengan mushroom butang bersoskan oyster.
Seifuddin makan roti cecah asam pedas.Selepas makan asam pedas, Nuruddin dan Seifuddin mengibarkan bendera Malaysia. Negaraku....
Tasneem tertidur kekenyangan.Ini Izzuddin berposing dengan rambut terbaru. Dipotong si Rashid's Salon. Jahanam rambut anak anak ku.
Izzuddin di basement.








Warkah untuk abah

As Salamu Alaikum warahmatullah Abah,

Lama sungguh kita tak bersua dan lama juga kita tak mendengar suara
Bagaimana ayahanda?
Harapan anakanda ayahanda selalu diberi Rahmat Allah

Anakanda rindu bebenar dengan ayahanda.
Antara kita banyak yang tersurat yang masing masing tak tahu bagaimana nak melafazkan kata.

Ayahanda tercinta,
Anakanda tahu betapa ayahanda sayang pada anakanda.
Tak payah di ucap tak payah dilafaz
segala gerak geri dan tingkah laku ayahanda, anakanda dapat rasakan
kasih sayang ayahanda setulus embun pagi...terlalu suci terlalu segar.


Ayahanda biarpun ayahanda banyak menyepi, anakanda dapat rasakan golakan hati ayahanda
Kasihan ayahanda.
Jangan salahkan diri ayahanda sekiranya apa yang di hajat tidak kesampaian.
Jangan hentikan doa untuk kakak, ayahanda
Dia masih butuhkan doa kita.

Ayahanda. anakanda tahu ayahanda kecewa, sesal
Tapi apa sekalipun perasaan ayahanda terhadap kakak, jangan putus harap dan berdoa.
Allah itu Maha adil ayahanda dan Maha penyayang.
Segala yang berlaku ada hikmat yang tersurat.
Salah satunya membuatkan kita sabar dan ditingkatkan iman.
Jangan salahkna bonda juga. Bonda juga ditelan mati emak diluah mati bapak.

Ayahanda, mahu rasanya anakanda terbang pulang
untuk memberi dakapan rindu buata yah dan bonda.
Dalam hati ini Allah saja yang tahu betapa rindu rendam di hati untuk bertemu kembali dengan ayahanda dan bonda.
Namun masa masih tak mengizinkan untuk anakanda pulang.
Ayahanda,
Siang dan malam anakanda beroda semoga kita akan bertemu semula di satu hari. Harap ayahanda tabah menunggu anak anda pulang.

Ayahanda, sesungguhnya anakanda bangga punya ayah seperti ayahanda.
Suami anak anda juga tak putus putus memuji ayahanda.
Oleh itu jangan sekali kali ayahanda merasa kecewa dengan kami anak anakmu.

Kami sanjung jasamu ayahanda.Kami mungkin ada tergelincir dalam perjalanan hidup tapi itu adalah silap kami sendiri bukan sekali kali kerana ketidak sempurnaan didikanmu.
Tidak sekali kali dalam hati kami menyalahkan ayahanda. Oleh itu, tolong jangan rasa terkilan dan kecewa....teruskna doa ayahanda untuk kami.....kami masih butuhkan doa ikhlas ayahanda.

Ayahanda tersayang,
Jangan dirisau apa akan jadinya anak anak mu kerana buktinya anak anakmu semua kasih, sayang, hormat, sanjung ayahanda dan bonda.
Jaminan doa setiap kali selepas solat dari anak anakmu walaupun nanti ayah dan bonda sudah berpemergian. Itu janji kami ayahanda. Jaminan untuk ayah ke syurga...anak anak yang selalu mengiringi doa untuk mu.

Sayang abah!.
wasalam.

Tuesday, July 14, 2009

Scout Day Camp

Seifuddin di craft station-buat necklace
Nuruddin di craft station
Seifuddin and Duha- Den Time
Nuruddin dan Rehan main checker
Seifuddin di BB Gun station
Nuruddin di BB Gun station.
Lama betul tak update blog ni. Tak ada masa langsung. Hari ni hari kedua Scout Day Camp.Bermula hari Isnin lalu, aku dan Rashid volunteer"kan" diri menyelenggarakan Day camp ni. Hampir 300 anak anak semuanya scout, menghadiri acara Day Camp ini. Berlangsung selama 5 hari. Alhamdulillah. Hari ni hari baru hari kedua tapi letihnya macam baru habis panjat gunung. Nampak bebeno jarang excercise....semua urat urat kejang. Setiap hari pulan semua lepak , makan malam salin baju terus tidur.

Tasneem seronok dapat pergi ke "sekolah baru"nya. seperti ala ala pre school. Dia punya keletihan sampai tertidur dalam bilik air, 2 hari berturut-turut. Kelakar sungguh.

Nuruddin dan Seifuddin ambil peluang belajar menembak dan memanah. kesian Nuruddin senapang mengalahkan penembaknye sampai terpaksa duduk atas "buku yellow pages" kerana tak cukup tinggi.

Izzuddin juga volunteer jadi staff acara memanah....seronok lah dia dapat memanah setiap hari.Hingga tak kisah makan..

Ok lah ni dimasukkan gambar gambar yang sempat dirakamkan, esok nanti sambung lagi kalau tak penat.

Saturday, July 4, 2009

4th of July.

Lama jugak tak update blog ni. Sibuk bebeno sejak balik dari Philadelphia. Nak masukkan gambar pun tak tercari masa.

Hari ni hari "Kemerdekaan Amerika". Biasanya highlight hari ni, ada pertunjukan bunga api. Alhamdulillah sejak berpindah ke rumah baru ni senang nak tengok pertunjukan bunga api.. Buka pintu depan , jalan 5 langkah, letak kerusi malas kat parking lot, tengok jer laa ke langit, jelas kelihatannya. Kebetulan mereka adakan di golf course di belakang rumah.

Seperti biasa hari Sabtu, pergi berniaga kat Reston Market. Macam malas nak pergi sebenarnye mengenangkna kena bawa si Tasneem dengan Nuruddin. Biasa Rashid yang jaga, tapi dia pulak kena pergi ke ISNA conference di DC bersama Izzuddin dan Seifuddin. Wakil Boy scout. Tidur dah ler lambat, pukul 2.30 pagi, pukul 5, 30 bangun terus siapkan bekalan makanan untuk Rashid dan anak anak sebab semalam semasa di ISNA, mereka mengadu lapar, nak beli makanan punya lah mahal...maklumlah di conference.

Bekalkan turkey sandwich, popstickers, watermelon dan sweet corn. Harap cukukp ler bakalan sampai ke petang. Lepas tu kena siapkan bekalan untuk sendiri pulak kot si Tasneem dan Nuruddin pulak lapar. POk pek pok pek...bertolak ke Reston selepas jam 7! selalunya jam 6,30 dah pergi dah.

Anyhow, sampai sana cuaca dah start panas, hari ni humid sungguh dah cecah 90 deg. Agak slow hari ni, at first boring gak...tapi dalam hati tudok kata...sabar mungkin ada hikmahnye slow. Yang seronok berjual kat reston ni sebab setiap kali ada aje gelagat manusia yang boleh diperhati.

Customer pertama, makcik dari Philipines. Dari loghat cakap dah boeh kenal. "Auntie" tu nak beli shawl "bamboo rayon" harga jual $25.00 tapi dia ada $15.00 jer. Kesian pulak, dahler first customer...kot laa ada rezeki lain. Seronok dia aku bagi harga $15.00. Dia terus kata," Thank you so much, you are so kind, I pray may God bless you and your store and will have lots of customers"..dalam hati berkata" Ameen ..InsyaAllah!"...sambil tersenyum, Tiba -tiba "auntie" tu siap buat "blessing salib" kat gerai..alamak!!. Biar betul....macam macam kerenah.

Kalau orang fanatik sure aku dah kena bambu sebab biarkan orang bukan Islam buat bayangan salib kat gerai. Bagi aku, it means nothing at all...whatever laa.. Allah Maha tahu...kot ler budi baik dan keikhlasan kita di balas dengan terbukannya hati mereka untuk Islam. That has been always my "niat".


Yang seronoknye jugak, dia jugak ler my last customer. Dah sibuk berkemas nak balik, "auntie" berlari nak belli lagi satu shawl. Untuk kawannye. yang berumur 80 tahun. SubhanaAllah...panjang usianya. Suke betul aku dengan orang tua tua ni. Mereka senang ajak berbual dan selalu suka do'a kan kite...aku tak kiralah apa bangsa atau agama. Doa aku kalau aku berbudi dan berbahasa dengan mereka, orang juga akan berbudi dan berbahasa dengan orang tua kite. Maklumlah duduk jauh ni ..niat dihati nak juga pelihara ayah dan ibu...apakan daya tangan tak sampai...

Mak dan abah...semoga hidupmu sentiasa dihujani Rahmat dari Allah. Doa anakmu yang jauh...