Saturday, August 22, 2009

Warkah Ramadhan (1)

As Salamu Alaikum warahmatullahi wabaraktuh....
Sudah lama tidak mengemas kini blog ini...bukannye sudah lupa...tapi masa tak mengizinkan dan computer pula meragam.

Apa kahbar ayah dan bonda?.Annakanda di sini sihat begitu juga keluarga anakanda yang lain. InsyaAllah anak anak cuba belajar pausa tahun ni...Sebenarnya dah beberapa tahun mereka mencuba, ada yang tahan sepenuh hari ada yang tahan sekejap hari jer..:).


Semalam anakanda dan suami pergi berterawih di masjid. Pertama kali kali berterawih di masjid ADAM setelah hampir 3 tahun di sini. Amat syahdu sekali mendengar bacaaan Quran dari tuan Imam...terasa seperti di tanah suci..alunan suaranya...tak terasa panjang sekali bacaannya.

Diluar hujan serta kilat dan petir berdentum, tak di sedari. Kami lalkukan 8 rakaat sahaja walaupun imam akan habiskan 20 rakaat, mahu rasanya tinggal lama di masjid, tapi kesian anak anak dirumah, dijaga ayah mertua.

Ayah dan bonda, Ramadhan kali ini, rasanya sayu betul di hati...terasa begitu bermakna sekali...tak tahu kenapa. Rasanya dunia ini sudah terlalu tua...tak tahu entah dapat bertahan ataupun tidak untuk bertemu Ramadhan di akan datang. Ramai benar orang orang yang soleh kepergian menemui Allah tahun ini. Seolah olah memberitahu kita, sudah masanya untuk tinggalkan dunia yang bakal munah ini....aduh mungkin nanti yang tinggal orang orang yang masih alpha akan adanya akhirat...


Ayah dan Bonda, tak putus du'a anakanda buat ayah dan bonda serta keluarga tercinta, agar Allah melindungi kita semua dari kemusnahan dan kecelakaan dunia ini. Diberi umur yang panjang dan sihat bukan untuk mengejar harta tapi untuk terus sujud kepadaNya. Dilapangkan dada untuk menerima realiti hidup dengan penuh rasa tawadhuk kepada Allah. Membuka minda untuk menerima orang kenyataan bahawa semua manusia itu serupa pada fisikalnya . Kita asalnya dari ayah Adam a.s beserta ibunda Hawa a.s...dari satu kaum dan rumpun.

Ayah dan Bonda, di Ramadhan yang mubarak ini mengenangkan anakanda waktu waktu kita bersama-sama menyambutnya.Entah bila kali terakhir kita berRamadhan bersama ye?. Ya Allah!....terlalu lama rasanya. Hidup anakanda diperantauan ini terlalu lama rupanya...Mungkin kali terakhir kita bersama menghirup udara Ramadhan semasa tahun terakhir anakanda di Malaysia sebelum berhijrah ke Amerika....1997. Itupun tak lama bersama kerana anakanda tinggal di KL bekerja, hanya balik beberapa hari sebelum raya...

Aduhai!...terkenang zaman anak anak betapa indahnya Ramadhan. Bonda kejutkan sahur, dikepal-kepalkan nasi dan disuapkan ke mulut anak-anak. Ramdhan zaman kanak-kanak amat indah dengan cara yang tersendiri...gembira kerana rumah sekeliling akan terang benderang dengan cahaya lampu tujuh likur, di masjid sibuk sentiasa dengan persiapan bubur Asyura, di jalan jalan penuh dengan peniaga menjual juadah....Pesta makanan di bulan Ramadhan!...
Teringat anakanda akan Kak Long yang sibuk membuat koleksi air minuman yang berjenis jenis untuk berbuka...lucu sekali!. Tapi yang minumnya hanay laa sedikit....Kalau makanan dari hujung dinding ke hujung dinding panjangnya hasil ibadat saling mengingati jiran jiran dengan bertukar tukar juadah. Selepas maghrib, ayahanda akan terus ke masjid, adik adik lelaki yang lain mengikut juga ...tapi banyak main dari solatnye...maklumlah anak anak...

Indahnye Ramadhan di zaman kanak kanak.....bila sudah meningkat usia, Ramadhan masih dirasakan indah..tpai dengan erti kata yang berbeza....Ayah dan bonda, terima kasih kerana telah membesarkan anakanda. Memberi tunjuk ajar tentang erti kehidupan sebenarnya. Hidup merantau sejak unur anakanda 19 tahun sehingga sekarang, banyak membuka mata dan hati tentang suruhan Allah untuk bertebar di muka bumi ini...." supaya kamu boleh kenal mengenal ..". Itu yang anakanda rasakan sekarang. keindahan merantau...mengenali manusia sejagat yang berbagai bagai latarbelakang dan agama.

Ayahanda dan bonda, waktu tak mengizinkan anakanda berbicara panjang. InsyaAllah kita akan bertemu di lain warkah ...

Selamat berpuasa ayah dan bonda, semoga di berkati segala ibadat kita...

wasalam.

Anakanda.

No comments:

Post a Comment