Thursday, September 17, 2009

Warkah Ramadhan (2)

Bismillahir Rahmaanir Raheem.
As Salamu Alaikum warahmatullah ibu ayah dan keluarga,

Kejam celik kejam celik kita sudahpun berada di penghujung Ramadhan. begitu pantas masa berlalu....atau sememangnya kita ini terlalu sibuk denagn urusan dunia hingga tak sedar masa yang berlalu?. Bagaimana Ramadhan kali ini ayah dan ibu?. Anakanda berharap ianya Ramadhan yang paling bermakna..InsyaAllah.

Di saat saat akhir Ramadhan ini , selalu saat yang paling syahdu terutama buat diri anakanda yang jauh dari keluarga. Entah bila lagi kita dapat bersua dan sama sama menikmati Ramadhan. Setiap kali anakanda bertemu dengan warga tua di sini, rindu keluarga tak terhingga rasanya. Selalu anakanda mengusap mereka dan berdoa semua mereka di beri kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Doa anakanda sebgaimana tercetusnya rasa sayang, belas ikhsan terhadap mereka, begitu lah hendaknya harapan anakanda, ibu dan ayah disayangi. Anakanda mungkin tak dapat mendakap ibu dan ayah, tapi warga tua disini sebagai pengganti. Selalu belaian anakanda dibalas dengan senyum dan dakapan dari mereka.

Teringat anakanda peristiwa semasa anakanda berjualan di pasar "art and craft" di satu hari Sabtu.Jualan tidak seberapa hari itu, penatnya bukan main ditambah harus anakanda membawa tasneem dan Nuruddin bersama kerana tiada siapa yang dapat menjaga mereka di rumah... rasa hati mahu berkemas saja dan pulang..namun hati ini terdetik untuk berdoa kepadaNya, "Ya Allah, kalau hari ini tidak ada rezeki yang baik buatku sekurang kurangnya redha dan tenangkan hatiku menjalankan tanggungjawabku..berilah aku sesuatu yang akan menyenangkan hatiku ya Allah".

Di pojok sana berhampiran dengan tasik , anak anak bermain dambil memberi makan itik itik di tasik. Risau di hati, takut terjatuh ke dalam tasik, aku terus berlari mendapatkan mereka....Berdekatan dengan tasik ada bangku bangku tersusun untuk kemudahan pengunjung, duduk tenang seorang ibu tua. Kelihatannya seperti dari tanah Arab, ku dekatinya sambil memberi salam dan mendakapnya tanda hormat. Dia membalas salam dan mendakapku dengan lebih erat lagi. terasa seperti ibu yang memberiku dakapan itu. Terasa seperti kasih sayang dan kemesraannya mengalir di tubuh anakanda...begitu mesra sekali seolah olah sudah lama kenal....Dengan penuh senyuman, dia berbicara dalam bahasa Arab, lalu anakanda berpaling ke arah suaminya yang kebetulan duduk di sebelahnya. Dia beritahu yang isterinya tidak boleh bertutur bahasa Inggeris dan dia terus terjemahkan akan kata kata ibu itu terhadap anakanda.

Terharu sungguh bila anakanda mendengar kata katanya. Rupa-rupanya sedari tadi dia asyik memerhatikan anakanda dari jauh. Katanya, dalam hatinya dia tahu anakanda seorang anak yang baik dan muslim yang baik.

Aduh!..Allah sambut doa anakanda kiranya....kata kata itu sudah cukup melapangkan dada anakanda dihari itu. Mungkin rezeki kurang hari ini tapi dengan kata kata ibu tua itu sudah cukup...memberi kepuasan buat anakanda.

Ibu , ayah...ternyata...kasih saynag dna tunjuk ajarmu tak sia sia. Sudah dapat pengiktirafan insan lain. Berbanggalah ayah dan ibu, anakmu ini akan coba dan menjadi insan yang ibu dan ayah mahukan....seorang insan muslim yang bukan hanya mengerjakan suruhan Allah tapi juga menjadikan segala ajaranNya sebagai pengajaran hidup. " Tidak ditingkatkan iman seseorang itu selagi tak di uji..." antara firman Allah.

Pastinya tinggal di perantauan ini banyak menginsafkan dan banyak ujian. Segala ujian itu ada yang mudah ada yang getir....dengan berbekalkan pengalaman, setiap ujian itu dapat anak anda lalui dengan tabah berkat kesabaran dan dorongan suami anakanda dan anak anak juga. Allah adalah sumber tempat anakanda bergantung, tidak boleh dibayangkan tanpaNya...mungkin hidup diperantauan ini akan sama sekali berbeza...hanyut bersama sama mereka yang berfikiran materialistik , angkuh...aku aku engkau engkau.

Mungkin juga berkat do'a ibu dan ayah, anakanda kuat mengharungi arus eras di bumi Amerika ini.Tidak perlu bermegah megah dengan harta dunia, sedekah walaupun hanya dengan tamar di tangan, luangkan masa walaupun sudah tidak punya masa yang lebih untuk beristirehat....kerana anakanda tahu ganjarannya akan berlipat kali ganda. Kalau tidak di dunia, ianya pelaburan di akhirat...Alhamdulillah, anakanda dikelilingi dengan kawan kawan yang smeuanya murah hati, ringan tangan untuk membantu orang lain walaupun dirina tak punya apa apa. Kadang-kadang , ajaib sungguh memikirkan dari mana mereka dapat kekuatan unutk melakukan segala amal jariah sedang kalau dari mata kasar manusia, dia tak pun apa-apa...Anakanda cuba untuk menjadi sepertinya....kikis kata kata" aku tak punya wang untuk menderma"..sedang kita masih mampu makan 4 kali sehari dan ada insan lain yang langsung tak mampu untuk makan...atau kata kata " aku tidak punya masa untuk beramal jariah"...sedangkan masih ada masa berjam jam di hadapan computer dan televisyen.

InsyaAllah ibu dan ayah, anakanda akan terus cuba untuk menjadi insan yang ibu dan ayha inginkan. Harapan anakanda, jangan putus putus mengirim do'a untuk anakanda dna keluarga. Dapat anakanda rasakan hingga kelubuk hati setiap do'a yang dikirim.

Ayah and ibu, anakanda akhiri warkah ramadhan di sini dahulu. InsyaAllah, akan cuba anaknda menulis lagi jika masa mengizinkan. jaga diri dan kesihatan ya ayah dan ibu?.InsyaAllah, kalau diizinkan kita akan bertemu di alam siber untuk berkomnikasi melalui computer dan webcam di malam raya kelak.

Dengan itu juga, anakanda ingin memohon sepuluh jari emmohon kemaafan dari ayah dan bonda. Ampunkanlah kesilapan anakanda sepanjang anakanda menjadi anak kepada ibu dan ayah. Halalkan segala makan dan minum. Terima kasih ayah dan ibu kerana menjadi ibu dan ayah yang terbaik dalam diri anakanda. Pelik cium, sayang rindu, kucupan mesra buat ayah dan ibu.

" Ya Allah, kau berikan taufiqMu dan hidayahMu buat ibu dan ayah. Berikan ketenangan jiwa dan kesabaran dalam menghadapi ujian hidup mereka. Taburkan kasih sayang di hati mereka dan taburkan kasih sayang untuk mereka. Hujani Rahmah dna Raheem untuk mereka ya Allah. Sediakan permaidani indah kesyurga untuk mereka ya Allah. Berikanlah keselesaan di alam barzakh mereka ya Allah, dengan bau bauan kasturi. Kumpulkan mereka bersama sama orang orang yang Kau muliakan...satukan kami ssemua di alam syurga ya Allah....ameen ameen ya Rabbal a'lamin".

Saturday, August 22, 2009

Warkah Ramadhan (1)

As Salamu Alaikum warahmatullahi wabaraktuh....
Sudah lama tidak mengemas kini blog ini...bukannye sudah lupa...tapi masa tak mengizinkan dan computer pula meragam.

Apa kahbar ayah dan bonda?.Annakanda di sini sihat begitu juga keluarga anakanda yang lain. InsyaAllah anak anak cuba belajar pausa tahun ni...Sebenarnya dah beberapa tahun mereka mencuba, ada yang tahan sepenuh hari ada yang tahan sekejap hari jer..:).


Semalam anakanda dan suami pergi berterawih di masjid. Pertama kali kali berterawih di masjid ADAM setelah hampir 3 tahun di sini. Amat syahdu sekali mendengar bacaaan Quran dari tuan Imam...terasa seperti di tanah suci..alunan suaranya...tak terasa panjang sekali bacaannya.

Diluar hujan serta kilat dan petir berdentum, tak di sedari. Kami lalkukan 8 rakaat sahaja walaupun imam akan habiskan 20 rakaat, mahu rasanya tinggal lama di masjid, tapi kesian anak anak dirumah, dijaga ayah mertua.

Ayah dan bonda, Ramadhan kali ini, rasanya sayu betul di hati...terasa begitu bermakna sekali...tak tahu kenapa. Rasanya dunia ini sudah terlalu tua...tak tahu entah dapat bertahan ataupun tidak untuk bertemu Ramadhan di akan datang. Ramai benar orang orang yang soleh kepergian menemui Allah tahun ini. Seolah olah memberitahu kita, sudah masanya untuk tinggalkan dunia yang bakal munah ini....aduh mungkin nanti yang tinggal orang orang yang masih alpha akan adanya akhirat...


Ayah dan Bonda, tak putus du'a anakanda buat ayah dan bonda serta keluarga tercinta, agar Allah melindungi kita semua dari kemusnahan dan kecelakaan dunia ini. Diberi umur yang panjang dan sihat bukan untuk mengejar harta tapi untuk terus sujud kepadaNya. Dilapangkan dada untuk menerima realiti hidup dengan penuh rasa tawadhuk kepada Allah. Membuka minda untuk menerima orang kenyataan bahawa semua manusia itu serupa pada fisikalnya . Kita asalnya dari ayah Adam a.s beserta ibunda Hawa a.s...dari satu kaum dan rumpun.

Ayah dan Bonda, di Ramadhan yang mubarak ini mengenangkan anakanda waktu waktu kita bersama-sama menyambutnya.Entah bila kali terakhir kita berRamadhan bersama ye?. Ya Allah!....terlalu lama rasanya. Hidup anakanda diperantauan ini terlalu lama rupanya...Mungkin kali terakhir kita bersama menghirup udara Ramadhan semasa tahun terakhir anakanda di Malaysia sebelum berhijrah ke Amerika....1997. Itupun tak lama bersama kerana anakanda tinggal di KL bekerja, hanya balik beberapa hari sebelum raya...

Aduhai!...terkenang zaman anak anak betapa indahnya Ramadhan. Bonda kejutkan sahur, dikepal-kepalkan nasi dan disuapkan ke mulut anak-anak. Ramdhan zaman kanak-kanak amat indah dengan cara yang tersendiri...gembira kerana rumah sekeliling akan terang benderang dengan cahaya lampu tujuh likur, di masjid sibuk sentiasa dengan persiapan bubur Asyura, di jalan jalan penuh dengan peniaga menjual juadah....Pesta makanan di bulan Ramadhan!...
Teringat anakanda akan Kak Long yang sibuk membuat koleksi air minuman yang berjenis jenis untuk berbuka...lucu sekali!. Tapi yang minumnya hanay laa sedikit....Kalau makanan dari hujung dinding ke hujung dinding panjangnya hasil ibadat saling mengingati jiran jiran dengan bertukar tukar juadah. Selepas maghrib, ayahanda akan terus ke masjid, adik adik lelaki yang lain mengikut juga ...tapi banyak main dari solatnye...maklumlah anak anak...

Indahnye Ramadhan di zaman kanak kanak.....bila sudah meningkat usia, Ramadhan masih dirasakan indah..tpai dengan erti kata yang berbeza....Ayah dan bonda, terima kasih kerana telah membesarkan anakanda. Memberi tunjuk ajar tentang erti kehidupan sebenarnya. Hidup merantau sejak unur anakanda 19 tahun sehingga sekarang, banyak membuka mata dan hati tentang suruhan Allah untuk bertebar di muka bumi ini...." supaya kamu boleh kenal mengenal ..". Itu yang anakanda rasakan sekarang. keindahan merantau...mengenali manusia sejagat yang berbagai bagai latarbelakang dan agama.

Ayahanda dan bonda, waktu tak mengizinkan anakanda berbicara panjang. InsyaAllah kita akan bertemu di lain warkah ...

Selamat berpuasa ayah dan bonda, semoga di berkati segala ibadat kita...

wasalam.

Anakanda.

Wednesday, July 29, 2009

Kerja part time jadi penterjemah....

Isnin lepas dah mula kerja semual. Part time..jadi translator.Alhamdulillah...part time pun part time laa...yang penting..dapat pengalaman boleh tambah kat resume tu ha...kerja untuk department of defense..bukannye senang daapt kerja dengan mereka ni.

Semua dokumen dikira rahsia. So...kat sini tak lah boleh bercakap lebih lebih karang kena lak tahan..tak pasai pasai.

Semalam ayah Rashid datang dari California. Nasib baik ada dia..tolong bantu jengokkan bebudak.Aku pulak kerja dari pukul 9 hingga 6 ambil peluang terlanjur bapa mertua ada kat sini.

Alhamdulillah, so far no bad...balik rumah, anak anak dah tolong cuci pinggan dan cuci baju..Rashid tolong masak dinner..Hari ni bapa mertua masak "steak". Rashid buat "mashed potato dan green bean"....sodappp...dah lama tak makan ala mat saleh ni ha.

Kerja ni only for a month aje...tapi syukur juga laa sekurang kurang nye gaji tu boleh ler bayar cukai rumah kat Hawaii tu ha...tak ler tak tahu sampai bila nak maintain rumah kat Hawaii tu. Dah tak larat rasanye.

Minggu depan Rashid dan Izzuddin pergi camping lagi.kesian Izzuddin harap dia laratlah berjalan. Kaki dia bukan boleh buat berjalan jauh...sakit. Masih tak terbeli lagi kasut dan alas kasut khasnye.Tak ada saiz pulak.Leceh betul.

Hari Sabtu ni pula nak buat jualan makanan kat Asian Festival. Kawan Indonesia nak tolong jualkan.Entah ada masa ke tak nak masak. Sayang kalau tak ambil kesempatan. Orang dah nak tolong jual, kenalah cari masa utnuk membuatnye. InsyaAllah mana tahu berkat jualan, ramai permintaaan selepas ni.

hmm...rasanye ini jer yang boleh update hari ni...penat dan mengantuk. Esok nak meredah lagi rusuhan manusia untuk pergi kerja.

InsyaAllah kalau ada waktu dan kesempatan akan update lagi.

Salam sayang keluarga semua.

Thursday, July 23, 2009

Asam pedas ikan sembilang dan bak choy masak oyster sauce khas buat ayahanda dan bonda

Every time home sick, mesti nak masak masakan Melayu. So hari ni khas buat abah and mak.....kite masak asam pedas ikan sembilang. Tak ler sesedap masakan arwah Tok Nah and Mak. tapi terubat jugak rindu dihati. Disertakan dengan baby bak choy dengan oyster sauce rencah ikan bilis. Ini bahana masak asam pedas. Sinki berlambak pinggan mangkuk. Bila nak basuh?.Nantilah tunggu malam sikit...Seifuddinpun dah pandai makan asam pedas cicah bersama roti.Ni semangkuk asam pedas yang nak dihidang. Siap dengan bendir dan kaun kesum lagi.

Ni hah seperiuk asam pedas. Baby bak choy dengan mushroom butang bersoskan oyster.
Seifuddin makan roti cecah asam pedas.Selepas makan asam pedas, Nuruddin dan Seifuddin mengibarkan bendera Malaysia. Negaraku....
Tasneem tertidur kekenyangan.Ini Izzuddin berposing dengan rambut terbaru. Dipotong si Rashid's Salon. Jahanam rambut anak anak ku.
Izzuddin di basement.








Warkah untuk abah

As Salamu Alaikum warahmatullah Abah,

Lama sungguh kita tak bersua dan lama juga kita tak mendengar suara
Bagaimana ayahanda?
Harapan anakanda ayahanda selalu diberi Rahmat Allah

Anakanda rindu bebenar dengan ayahanda.
Antara kita banyak yang tersurat yang masing masing tak tahu bagaimana nak melafazkan kata.

Ayahanda tercinta,
Anakanda tahu betapa ayahanda sayang pada anakanda.
Tak payah di ucap tak payah dilafaz
segala gerak geri dan tingkah laku ayahanda, anakanda dapat rasakan
kasih sayang ayahanda setulus embun pagi...terlalu suci terlalu segar.


Ayahanda biarpun ayahanda banyak menyepi, anakanda dapat rasakan golakan hati ayahanda
Kasihan ayahanda.
Jangan salahkan diri ayahanda sekiranya apa yang di hajat tidak kesampaian.
Jangan hentikan doa untuk kakak, ayahanda
Dia masih butuhkan doa kita.

Ayahanda. anakanda tahu ayahanda kecewa, sesal
Tapi apa sekalipun perasaan ayahanda terhadap kakak, jangan putus harap dan berdoa.
Allah itu Maha adil ayahanda dan Maha penyayang.
Segala yang berlaku ada hikmat yang tersurat.
Salah satunya membuatkan kita sabar dan ditingkatkan iman.
Jangan salahkna bonda juga. Bonda juga ditelan mati emak diluah mati bapak.

Ayahanda, mahu rasanya anakanda terbang pulang
untuk memberi dakapan rindu buata yah dan bonda.
Dalam hati ini Allah saja yang tahu betapa rindu rendam di hati untuk bertemu kembali dengan ayahanda dan bonda.
Namun masa masih tak mengizinkan untuk anakanda pulang.
Ayahanda,
Siang dan malam anakanda beroda semoga kita akan bertemu semula di satu hari. Harap ayahanda tabah menunggu anak anda pulang.

Ayahanda, sesungguhnya anakanda bangga punya ayah seperti ayahanda.
Suami anak anda juga tak putus putus memuji ayahanda.
Oleh itu jangan sekali kali ayahanda merasa kecewa dengan kami anak anakmu.

Kami sanjung jasamu ayahanda.Kami mungkin ada tergelincir dalam perjalanan hidup tapi itu adalah silap kami sendiri bukan sekali kali kerana ketidak sempurnaan didikanmu.
Tidak sekali kali dalam hati kami menyalahkan ayahanda. Oleh itu, tolong jangan rasa terkilan dan kecewa....teruskna doa ayahanda untuk kami.....kami masih butuhkan doa ikhlas ayahanda.

Ayahanda tersayang,
Jangan dirisau apa akan jadinya anak anak mu kerana buktinya anak anakmu semua kasih, sayang, hormat, sanjung ayahanda dan bonda.
Jaminan doa setiap kali selepas solat dari anak anakmu walaupun nanti ayah dan bonda sudah berpemergian. Itu janji kami ayahanda. Jaminan untuk ayah ke syurga...anak anak yang selalu mengiringi doa untuk mu.

Sayang abah!.
wasalam.

Tuesday, July 14, 2009

Scout Day Camp

Seifuddin di craft station-buat necklace
Nuruddin di craft station
Seifuddin and Duha- Den Time
Nuruddin dan Rehan main checker
Seifuddin di BB Gun station
Nuruddin di BB Gun station.
Lama betul tak update blog ni. Tak ada masa langsung. Hari ni hari kedua Scout Day Camp.Bermula hari Isnin lalu, aku dan Rashid volunteer"kan" diri menyelenggarakan Day camp ni. Hampir 300 anak anak semuanya scout, menghadiri acara Day Camp ini. Berlangsung selama 5 hari. Alhamdulillah. Hari ni hari baru hari kedua tapi letihnya macam baru habis panjat gunung. Nampak bebeno jarang excercise....semua urat urat kejang. Setiap hari pulan semua lepak , makan malam salin baju terus tidur.

Tasneem seronok dapat pergi ke "sekolah baru"nya. seperti ala ala pre school. Dia punya keletihan sampai tertidur dalam bilik air, 2 hari berturut-turut. Kelakar sungguh.

Nuruddin dan Seifuddin ambil peluang belajar menembak dan memanah. kesian Nuruddin senapang mengalahkan penembaknye sampai terpaksa duduk atas "buku yellow pages" kerana tak cukup tinggi.

Izzuddin juga volunteer jadi staff acara memanah....seronok lah dia dapat memanah setiap hari.Hingga tak kisah makan..

Ok lah ni dimasukkan gambar gambar yang sempat dirakamkan, esok nanti sambung lagi kalau tak penat.

Saturday, July 4, 2009

4th of July.

Lama jugak tak update blog ni. Sibuk bebeno sejak balik dari Philadelphia. Nak masukkan gambar pun tak tercari masa.

Hari ni hari "Kemerdekaan Amerika". Biasanya highlight hari ni, ada pertunjukan bunga api. Alhamdulillah sejak berpindah ke rumah baru ni senang nak tengok pertunjukan bunga api.. Buka pintu depan , jalan 5 langkah, letak kerusi malas kat parking lot, tengok jer laa ke langit, jelas kelihatannya. Kebetulan mereka adakan di golf course di belakang rumah.

Seperti biasa hari Sabtu, pergi berniaga kat Reston Market. Macam malas nak pergi sebenarnye mengenangkna kena bawa si Tasneem dengan Nuruddin. Biasa Rashid yang jaga, tapi dia pulak kena pergi ke ISNA conference di DC bersama Izzuddin dan Seifuddin. Wakil Boy scout. Tidur dah ler lambat, pukul 2.30 pagi, pukul 5, 30 bangun terus siapkan bekalan makanan untuk Rashid dan anak anak sebab semalam semasa di ISNA, mereka mengadu lapar, nak beli makanan punya lah mahal...maklumlah di conference.

Bekalkan turkey sandwich, popstickers, watermelon dan sweet corn. Harap cukukp ler bakalan sampai ke petang. Lepas tu kena siapkan bekalan untuk sendiri pulak kot si Tasneem dan Nuruddin pulak lapar. POk pek pok pek...bertolak ke Reston selepas jam 7! selalunya jam 6,30 dah pergi dah.

Anyhow, sampai sana cuaca dah start panas, hari ni humid sungguh dah cecah 90 deg. Agak slow hari ni, at first boring gak...tapi dalam hati tudok kata...sabar mungkin ada hikmahnye slow. Yang seronok berjual kat reston ni sebab setiap kali ada aje gelagat manusia yang boleh diperhati.

Customer pertama, makcik dari Philipines. Dari loghat cakap dah boeh kenal. "Auntie" tu nak beli shawl "bamboo rayon" harga jual $25.00 tapi dia ada $15.00 jer. Kesian pulak, dahler first customer...kot laa ada rezeki lain. Seronok dia aku bagi harga $15.00. Dia terus kata," Thank you so much, you are so kind, I pray may God bless you and your store and will have lots of customers"..dalam hati berkata" Ameen ..InsyaAllah!"...sambil tersenyum, Tiba -tiba "auntie" tu siap buat "blessing salib" kat gerai..alamak!!. Biar betul....macam macam kerenah.

Kalau orang fanatik sure aku dah kena bambu sebab biarkan orang bukan Islam buat bayangan salib kat gerai. Bagi aku, it means nothing at all...whatever laa.. Allah Maha tahu...kot ler budi baik dan keikhlasan kita di balas dengan terbukannya hati mereka untuk Islam. That has been always my "niat".


Yang seronoknye jugak, dia jugak ler my last customer. Dah sibuk berkemas nak balik, "auntie" berlari nak belli lagi satu shawl. Untuk kawannye. yang berumur 80 tahun. SubhanaAllah...panjang usianya. Suke betul aku dengan orang tua tua ni. Mereka senang ajak berbual dan selalu suka do'a kan kite...aku tak kiralah apa bangsa atau agama. Doa aku kalau aku berbudi dan berbahasa dengan mereka, orang juga akan berbudi dan berbahasa dengan orang tua kite. Maklumlah duduk jauh ni ..niat dihati nak juga pelihara ayah dan ibu...apakan daya tangan tak sampai...

Mak dan abah...semoga hidupmu sentiasa dihujani Rahmat dari Allah. Doa anakmu yang jauh...

Tuesday, June 23, 2009

Happy Belated Birthday untuk hubby tercinta and daughter tersayang...

Hari ni kami di Pennsylvania. Rashid ada kerja di sini so kami ambil kesempatan sebab anak anak dah bercuti summer panjang untuk melawat negeri orang. Since semua disupport company, Rashid kata jom pergi semua tinggal di hotel di town town Philly. Sementara Rashid kerja, we all melepak kat hotel.

Anyhow, nak cerita pasal birthday si Tasneem dengan Rashid sebelum terlupa lak.
So, pada hari Ahad lepas, Rashid dan Tasneem birhtday. Tak buat apa apa. Terlalu sibuk dengan activities hari tu. dari pagi, Rashid busy siapkan acara untuk anak anak punya Cub Scout event yang akan diadakan pada pukul 6 ptg. Pukul 3 ptg pulak ada aqiqah anak kawan. So pukul 2.30 ptg., pergi ke Kohls beli hadiah untuk anak kawan, smapi dalam kereta, Tasneem kata" That present for me?!!Thank you Ummi!!". Alamak!, samapi hati betul mak dia tak ingat present untuk Tasneem. Sebab dah terlambat, terus jer gi aqiqah rumah kawan.

Samapi di sana, alhamdulillah rezeki mencurah macam sambut birhtday Tasneem dan Rashid pulak, banayk betul juadah. Jumpa dengan kawan kawan berbagai bangsa dan kebetulan one Algerian datang terus cakap Melayu.Laa pandai pulak pakcik ni rupanye dah biasa duduk kat KL mengajar di UIA for several years. Keciknye dunia...

Hampir pukul 5.30, dok pokpek jer dan mengunyah tak rasa masa berlalu. Terus tinggalkan majlis dan ke majlis Cub Scout pulak. Majlis ini adalah majlis penghargaan untuk anak naka yang masuk cubscout dan yang akan melangkah ke alam boy scout. Izzuddin salah seorang darinya.

Dalam pada Rashid memberi ucapan dan penghargaan, dia buat "surprise" announcement, pada orang ramai yang hadir, betapa dia menghargai kesabaran aku menghadapi "kerenah"nye salama dia menjadi CubMaster..heheh tergelak jugak. Surprise betul tub tub...dia beri aku sejambak bunga..Alamak blushingnye... Orang ramai semua bersorak..phew!!..Terima kasih abang...hek.

Kesian pulak, dia punya birthday aku yang dapat bunga. Lepas tu to his surprised, kawan seangkatan dalam scout ADAMS, buat surprised "Birthday Song" untuk dia and Tasneem. Alhamdulillah...itu hadiah yang paling berharga buat Rashid and Tasneem..:).

Majlis habis hampir pukul 9.30 malam. What a looong day..Balik semua kelapran. Berhenti sat makan pizza Anthonia (halal one..and yummy too). Terus pulang ke rumah.

Esok pagi, Rashid dapat call dari tempat kerja. Ada kerja di Pennsylvania. Hmm...travel lagi nampaknye...tiba tiba dia teringat yang anak anak dah cuti sekolah.

Hai!...why don't we all go? Duduk kat hotel sementarat dia gi kerja, we all boleh gi jalan jalan di Penns...Good idea!.

So here we are...in Penns..InsyaAllah lepas pulang ke Virginia, akan letak more gambar dari Pennsilvania. Until then..wasalam.

Saturday, June 20, 2009

Reston Market

Reston Market Place, Lake Anne Plaza.


Hari ni macam malas jer nak ke Reston Market. Diramalkan akan hujan beserta petir di belah petang. Kalau tak pergi sayang customers dah menunggu lagipun hari ini nak cuba intorduce baju batik utnuk penduduk di sini. SO nak tak nak pergi laa juga. Nasib baik ada Seifuddin. Kesian Seif, kena bangun pagi tolong umi dia. Seif anak rajin tu yang suka bawa dia bersama everytime ke Reston Market.
Seif dan Izzuddin

Seif yang setengah mata terbuka pergilaa juga bawa bantal busuk dia tah bilanye boleh tidur. Cuaca mendung diredah jugak. Sampai di Reston, farmers market dah mula sibuk, orang masih tak ramai membeli belah. Hampir pukul 9pagi, hujan mula turun..hmmm..hujan Rahmat...mana tahu insyaAllah rezeki makin bertambah. Semua "vendors" tak bergerak...harapan agar hujan akan cepat berlalu. Sesekali matahari macam hampir nak menjenguk diri, tak samapi seminit diliputi awan lagi. Dalam pukul 10 pagi hujan mula reda sedikit, cepat cepat aku berlari ke Pejabat POs untuk ambil parcel yang dihantar semula ke sana. Dalam perjalanan hujan mula mencurah semula....hai! tak ada harapan laa nak mempromosikan baju batik ni. Pulang dari pos office,mula terdengar thunder...Amy cepat cepat berlari katanya dia nak pack sebab kalau dahmula guruh dilangit tu, better cepat cepat berkemas sebab kalau hujan memang terus lebat. Tak sampaipun beberapa sat. Hujan selebat lebatnye dengan kilat.That's it....enough for today. Seif basah kuyup dibuatnye tolong packed barnag barang and turunkan tent.




Alhamdullillah barnag tak banyak, kesian kat Lia (kawan Indonesiaku). Hari ni dia sorang jer. SO Seif and aku tolong Lia kemaskan barang barang nye. Dalam masa 15 minute, kamipun bertolak balik. Hujan mula renyai renyai. Tiba di rumah...guess what?. Matahari terus keluar, seterang terangnye... Subhanallah...kekuasan Allah. Setiap kejadian ada hikmatnya. Wallhu A'lam.




Sampai di rumah Seif, terus salin baju dan sambung tidur....kesian..:).

Thursday, June 18, 2009

Selamat hari Lahir Izzuddin!!!

Izzuddin berumur satu hari.
Izzuddin laa ni.

Dah besar anak mak..:). Actually birthday Izzuddin was yesterday tapi tak da masa nak update the blog. Any how, Izzuddin dahpun mencapai usia 11 tahun. Kejam kelip cepat betul masa berlalu. Teringat lagi hari kelahiran Izzuddin. Pertama kali melahirkan anak, tak gi hospital, bersalin kat rumah. Alhamdulillah dapat doktor "bidan" yang baik. Unfortunately bidan we all meninggal dunia dalam plane crash. Such a lovely person, meninggalkan seorang anak yang masih kecil.

Izzuddin dilahirkan di rumah. Our first house di Oahu. Apartment kecil jer. Maklum lah baru nak pandai berdikari selepas hampir setahun berumahtangga. Dilahirkan di living roon sebab tak sempat nak ke bilik. Hari pertama lahir Izzuddin dah pun buka mata...alhamdulillah.

Sakit tak bersalin secara natural birth?.... Of ocurse ler... kalau tanya ayahnye..dia kata tak sakit..hahahah sebab dia lihat isteri dia relax jer lepas seminggu melahirkan. Lahir secara natural ni banyak faedah nye.Langsung no drugs nothing whatsoever tapi harus mempunyai kesihatan yang baik.

Yang bagusnya we all ada "dhula". She is assistant kepada ibu. Dhula ni tolong kita relax with soft massage and aromatherapy. natural birth ni betul betul menginsafkan kite bagaimana mak melahirkna kita. Kalau kata " nyawa dihujung tandung" memang la itu experience sebenar. Mengenangkan segala kesakitan itu sebagai menghapus dosa...that gives me a big relief.
Allah tu memang Maha kaya. I cannot imagine how it happened macam miracle yang seorang ibu itu selepas melahirkan tak pernah merasa serik untuk terus melahirkan.

Setiap kelahiran, semua disambut dengan tangisan. MashaALlah, the beauty of Allah's creation.
Selamat hari Lahir Izzuddin. Semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya da;lam hidup dunia dan akhirat.
Proud Abah
Proud Umi
Proud Atok
Proud MakTok

Friday, June 12, 2009

Nuruddin's birthday card

Nuruddin's birthday was on the 2nd, June 2009.!! Yippe...Umur Nuruddin sudah 6 tahun!. Gembira sungguh Nuruddin sudah sekian lama dia menghitung hari akhirnya samapi jugak hari yang di nanti nanti. Dapat apa Nuruddin?. Great eat out dinner dengan emak dan abah dan jugak adik dan abang abang!!. Unfortunately, tak dak birthday cake laaa. ..That is ok Nuruddin..kan Nuruddin. Ramai sangat yang sambut birhtday in June...so kite lumpsum sekali later on.

But today is so specila, sebab Nuruddin dapat card dari greatgrandma Jo. Wuuhuuu...bukan sebarang card...hand made card lagi...canggih lah great grandma..Thankyou great grandma Jo!!. ooppps...ada lagi special..dapat check bernilai $25.00..ALhamdulillah...siapa nak bagi?. Nak dapat 24sen pun susah, ummi suruh buat kerja rumah, basuh baju, kemas basement baru dapat.

Thank you great grandma Jo!!...I am so happy..can you tell?..:)

Thursday, June 11, 2009

Izzuddin ceret beret

Rashid pergi ke Rome, NY semalam for 7 days urusan kerja. hari ni pulak Izzuddin tak sihat, kena cirit berat. Baru semalam cuba beri dia minum Soymilk sebab dia lactose intolerence. Tiba tiba ceret pulak, tak mungkin...dok fikir fikir rupa rupanya dia makan Instant Noodle IndoMie...sedap memang ler sedap kami kami anak beranak alah kalau makan Indo Mie. Mesti ceret. tak tahu kenapa.

Sebab dah lama tak makan, hari tu belilah sekotak besar IndoMie. Seifuddin makan sekali duduk 2 bungkus...that reminds me why I do not buy this instant noodle that often.

Kesian Izzuddin, tadi pergilah isi minyak di costco about 10 minutes drive. tengah dok isi minyak dia panggil dari dalam kerta , " I need to go bathroom". bau dlam kereta dah semerbak rupanya.Dia terceret tapi tak ler banyak baunye mak oi!!. Apa lah lagi, terusler pecut balik rumah.
Izzuddin ..Izzuddin. Kena denda sebab tak gi sekolah, kena lah buat laundry.
The culprit.

Tuesday, June 9, 2009

Strawberry picking at Wesley farm, VA














Last Sunday, we went for strawberry picking for the first time in Virginia. Not bad at all. My kids really enjoyed this new adventure. Belajar belajar jadi buruh kasar...hehhee. Teringat zaman belajar di UK sulu, bila musim summer, berderet pelajar Malaysia cari kerja. Paling senang strawberry pickinglaa, tapi betul betul buruh punya kerja. Kena bangun awal awal pagi lagi tunggu bas emngankut mereka ke ladang strawberry. First day je balik dah hitam, second day third day, tangan punya laa kasarm, salah hari bulan menggerutu kulit sebab terkena tangakai pokok strawberry yang agak mengenyam durinye seperti pokok tebu. Yang irony nya, ramai pelajar pelajar ayng buat PhD sanggup membanting tulang jadi buruh kasar, tapi bila balik Malaysia tak main ler kerja kerja macam tu...hehe.

Anyhow, Rashid tak sanggup take the challenge kutip strawberry sebab tak tahan dengan fruit bugs yang berterbangan. Alahai!, macam mana nak duduk kat Malaysia?. So tugas dia ambil gambar jer laa. Izzuddin was reallyenjoyed himself , cakap punya cakap sampai tertelan fruit bugs...keh keh keh.

Nuruddin, pulak tak sempat nak kumpul strawberry sampai end of the day dah pun habis di makannye.We all dapat kumpul adalah dalam 5 pound. Dah ler banyak pulka tak tahu nak buat apa. Si Seifuddin makan dengan nutella...yummyyy.
Dapat idea akhirnye, ...buat jem..jadi pulak tu..hehehe. Bebudak suka bebeno...alhamdulillah. Dapat ler dalam 2 jars.

That was a very exciteing experience. Izzuddin said we should do it again next year. We love the scenery. Beautiful!.

Here are the photos taken that day.

Thursday, May 28, 2009

Bunyi apa kat luar....?

Dah pukul 9.55 malam. Nuruddin tak boleh tidur sebab dah napping selepas pulang sekolah. Lepas tu lapar laa pulak. Gorengkan telur with brocolli and carrots, makan dengan nasi putih dan kicap. Yum yum...his favorite!.

Tiba tiba berdentum dentam kat luar. Hubby kelam kabut pergi check. Bunyi macam tembakan. Seram gak sebab dah pukul 10 malam. Orang mula dah nak masuk tidur.. Ada yang dah lena tidur. Contohnye si Tasneem. Bukan senang Tasneem nak tidur awal. Anak anak semua terjaga dan nak berlari keluar untuk investigate. Hubby kata, biar dia gi check..just in case.

Berdentam dentumnya tak putus putus pulak tu...Bila hubby buka jer pintu...jiran tetangga semua riuh rendah. Siap bawak kerusi malas lagi kat parking lot...Anak anak dengan pyjama berlari lari excited...laaa rupa rupanya ada pertunjukan Firework...pukul 10 malam?...Sempena Herndon Festival rupanya....

Si Tasneem terus terjaga dan mengis. Dari parking lot nampak jelas sekali. Sayang tak sempat nak capai camera...oh well mungkin esok malam, kata jiran akan ada lagi pertunjukan esok...seronok pulak dah lama tak tengok dan dengar dentuman fireworks....Terkenang hari raya...hai! seronoknyee..

Sunday, May 24, 2009

Instant murtabak

Hari ni sarapan pagi, aku buat instant murtabak. Guna roti canai segera jenama "Kawanku" dapat di beli dimana mana Asean market sekarang ni. Ramai bebeno yang gemar makan roti canai Malaysia. Since anak anak suka makan karipap aku selalu buat inti lebih dan di"freeze" kan.
Hari ni buat inti murtabak. lepas tu aku guna Goerge Foreman Grill untuk bakar my murtabak. Canggih. Frozen roti canai aku belah dua. letak half dia atas grill. lepas tu letak inti murtabak. Then letak the other half piece of roti canai, tutupkan grill. Hasilnya.....yummy....tak percaya tanya Tasneem..:).
Murtabak segera.. Sedap kan Tasneem?..

Ready to go green.

Semalam di Reston Market place, sementara customers tak ramai lagi, aku cepat cepat singgah ke Farmers market untuk membeli pokok herbs dan sayuran yang senang di tanam. Setelah dok belek belek setiap booth yang ada, aku membeli beberapa jenis herbs yang selalu aku guna untuk memasak. Tak sabar nak tunggu untuk bercucuk tanam di belakang rumah.


Seifuddin , petang tu bantu aku menanam pepokok. Seronok dia , aspart of his Cub Scout activities is to be a handyman. Aku mencangkul tanah, bila nampak ground worms, si Seifuddin geli. Hai! anak anak sekarang semuanya tak pandai main dirt macam aku kecil kecil dulu. Siap berkubang dengan lumpur dok tangkap ikan sepat. Nak beli ikan dan akuarium tak mampu so tangkap sendiri.


Anyhow, some of the herbs aku tanam di pasu, Senang nak dibawa masuk ke rumah bila musim sejuk nanti. Cherry tomato dan cucumber aku tanam kat tanah sebab dia membesar cepat dan menjalar. Seifuddin bantu aku menyiram pokok pokok yang telah ditanam.

Pagi tadi sempatlah snap beberapa photo tanaman permulaan aku. Belum apa apa lagi daun saderi dah kena korban buat masak green curry...heheheh. Nasib ler.



Pokok Sweet basil Pokok Oregano


Pokok Parsley Pokok Rosemary


Pokok Spearmint pokok Cherry tomato