Thursday, May 28, 2009

Bunyi apa kat luar....?

Dah pukul 9.55 malam. Nuruddin tak boleh tidur sebab dah napping selepas pulang sekolah. Lepas tu lapar laa pulak. Gorengkan telur with brocolli and carrots, makan dengan nasi putih dan kicap. Yum yum...his favorite!.

Tiba tiba berdentum dentam kat luar. Hubby kelam kabut pergi check. Bunyi macam tembakan. Seram gak sebab dah pukul 10 malam. Orang mula dah nak masuk tidur.. Ada yang dah lena tidur. Contohnye si Tasneem. Bukan senang Tasneem nak tidur awal. Anak anak semua terjaga dan nak berlari keluar untuk investigate. Hubby kata, biar dia gi check..just in case.

Berdentam dentumnya tak putus putus pulak tu...Bila hubby buka jer pintu...jiran tetangga semua riuh rendah. Siap bawak kerusi malas lagi kat parking lot...Anak anak dengan pyjama berlari lari excited...laaa rupa rupanya ada pertunjukan Firework...pukul 10 malam?...Sempena Herndon Festival rupanya....

Si Tasneem terus terjaga dan mengis. Dari parking lot nampak jelas sekali. Sayang tak sempat nak capai camera...oh well mungkin esok malam, kata jiran akan ada lagi pertunjukan esok...seronok pulak dah lama tak tengok dan dengar dentuman fireworks....Terkenang hari raya...hai! seronoknyee..

Sunday, May 24, 2009

Instant murtabak

Hari ni sarapan pagi, aku buat instant murtabak. Guna roti canai segera jenama "Kawanku" dapat di beli dimana mana Asean market sekarang ni. Ramai bebeno yang gemar makan roti canai Malaysia. Since anak anak suka makan karipap aku selalu buat inti lebih dan di"freeze" kan.
Hari ni buat inti murtabak. lepas tu aku guna Goerge Foreman Grill untuk bakar my murtabak. Canggih. Frozen roti canai aku belah dua. letak half dia atas grill. lepas tu letak inti murtabak. Then letak the other half piece of roti canai, tutupkan grill. Hasilnya.....yummy....tak percaya tanya Tasneem..:).
Murtabak segera.. Sedap kan Tasneem?..

Ready to go green.

Semalam di Reston Market place, sementara customers tak ramai lagi, aku cepat cepat singgah ke Farmers market untuk membeli pokok herbs dan sayuran yang senang di tanam. Setelah dok belek belek setiap booth yang ada, aku membeli beberapa jenis herbs yang selalu aku guna untuk memasak. Tak sabar nak tunggu untuk bercucuk tanam di belakang rumah.


Seifuddin , petang tu bantu aku menanam pepokok. Seronok dia , aspart of his Cub Scout activities is to be a handyman. Aku mencangkul tanah, bila nampak ground worms, si Seifuddin geli. Hai! anak anak sekarang semuanya tak pandai main dirt macam aku kecil kecil dulu. Siap berkubang dengan lumpur dok tangkap ikan sepat. Nak beli ikan dan akuarium tak mampu so tangkap sendiri.


Anyhow, some of the herbs aku tanam di pasu, Senang nak dibawa masuk ke rumah bila musim sejuk nanti. Cherry tomato dan cucumber aku tanam kat tanah sebab dia membesar cepat dan menjalar. Seifuddin bantu aku menyiram pokok pokok yang telah ditanam.

Pagi tadi sempatlah snap beberapa photo tanaman permulaan aku. Belum apa apa lagi daun saderi dah kena korban buat masak green curry...heheheh. Nasib ler.



Pokok Sweet basil Pokok Oregano


Pokok Parsley Pokok Rosemary


Pokok Spearmint pokok Cherry tomato










Friday, May 22, 2009

Get ready for the craft show season....

Spring is finally here....which means the craft show season is here. Love it!.

This year I nak introduce batik malaysia and as many products from South East Asia as possible. So far, I already have some batik supplier...good one alhamdulillah and also InsyaAllah handbags.



Tak sabar nak buat promosi...well we see. Here is one of the event from last year. Selling my pashmina...not bad at all. Really enjoyed talking to people and make friends. Hopefully this year more merrier...InsyaALlah.

Saturday, May 16, 2009

Baking goodies seharian...

Dari pagi pukul 8 dah mula memngadun dan membakar cookies untuk yard sale esok. Mula mula tu berkobar kobar semangatnya, tapi bila cookies buat ragam...well si pembuatnya yang tak tahu buat...hehehe, maka terbantutlah semangat nak buat "homebake cookies". Since dah janji nak buat cookies untuk donation, terpaksa ler pergi ke Costco untuk beli cookies yang dah siap...heheh cheating!.

At the end dapat buat karipap segera untuk orang merantau. Dapat resepi dari Sue. Resepi penyelamat untuk mereka yang malas atau tak reti-reti buat dough karipap. Rahsianya, pakai roti pratha segera. Sedap gak ler. My kids love it so much. Tak sempat nak habis bakar, dah hilang.Oh ya, karipap ni tak goreng, dibakar. Here is the resepi:

Roti paratha segera (sekeping boleh dapat 3 biji)
Inti karipap:
bawang besar dipotong kecil kecil
bawang putih dipotong kecil
daging cincang (optional)
serbuk kari (buat paste dulu)
sedikit garam
sedikit gula merah
sedikit minyak

Cara buat inti,
1. Potong bawang putih dan merah kecil kecil
2. Tumiskan hingga naik bau.
3. Masukkan kari paste, tumis hingga naik bau,
4. Masukkan daging cincang.
5. masukkan kentang.
6. Tambah air anggar menutup paras kentang.
7. Kacau rata, masukkan garam dan gula.
8. Masak sehingga kentang emput danlembut.
9. Panaskan oven 380F (tak tahu berapa dalam C, so convertlah sendiri ya?).
10. Ambil sekeping roti paratha frozen, thaw (lembutkan sehingga room temperature. Kalau nak cepat boleh letak dalam microwave for say 7 min. Jangan terlalu lama letak dalam microwave nanti rothi terus masak pulak.
11. Bila dah soft, potong lah 3 bahagian. Bentuknya agak weird gak sebab paratha mana ada yang bersegi dan benar-benar bulat.
12. Bila init dah sejuk, letakkan dalam satu sudu besar inti. Tutup roti dengan temukna hujung rotinya. Kelimlah tepi tepinya.
13. Lepas tu bakar ler dalam 25 minute / hingga kuning. Siap.

Gambar akan di paparkan later.

Selamat mencuba!.

Thursday, May 14, 2009

Apa nak jual kat yard sale...

Semalam dapat good news dari ADAMS, mereka benarkan jual cookies at the yard sale hari Ahad ni.. Wooohooo! seronok dengar. Dah lama dok fikir nak cari idea memperkenalkan Malaysian Food kat sini tapi tak tahu macam mana. Bukan senang nak jual food kat US ni, banyak bebeno regulation nya. Kalau kat Malaysia, letak meja tepi rumah, jual goreng pisangpun boleh !!. Malaysiaku...semua boleh!!.

Dekat sini Department of Health concern sangat tentang keracunan makanan. So tak boleh sembarangan orang boleh berniaga. Kalau nak jual makanan harus guna certified commercial kitchen. Phew! bukan senang ooo....Alasan mereka kalau masak di rumah takut orang makan boleh dapat keracunan kalau dibuat tak di"certified". Abis tu, yang orang dok makan tiap tiap hari kat rumah sendiri tu macam mana agaknya ya?.Tak dak rationalnya...

Tapi, kalau nak buat jual cookies untuk fundraising, mereka tak berapa ketat sangat, tapi tu laa mesti "untuk fundraising" tak boleh tapau semua keuntungan. So hari Ahad ni, jualan adalah atas dasar findraising. 30% keuntungan akan diberi ke masjid.....bagus gak tu amalan jariah, berkat do'a dan sedekah, kot laa ada orang nak suruh buat cookies untuk jamuan ker hari raya ker...

So hari ni dok belek belek resepi apa nak guna...bukan pandai "baking"pun. Alat timbangpun tak dak....Setelah seharian hampir termenung lihat resepi dan copy and paste resepi kat internet, akhirnya decision is in....

Perhaps 4 macam cookies yang mudah dibuat.

Biskut arab- modify letak cranberry on top , dah pernah buat dan mendapat permintaaan lagi.
Biskut nestum choc. chip - ciplak dari internet, nampak mudah dan sedap, lagipun orang sini tak tahu makan nestum so satu kelainan.
Yogurt banana muffin- juga dari internet, asal ada yogurt dengan banana , pasti sedap.
Tuna cheese muffin - yumm...kalau anak sulung tahu ( Izzuddin) sure tak smepat nak jual.


So we will see how my adventure to become a bidan terjun "chef" going to be.

Thursday, May 7, 2009

Sudah kehendak Ilahi...

DariNya kita datang kepadaNya kita kembali....Tak kira siapa kita. Islam, Kristian, Yahudi atau tidak beragama, kita semua adalah hambaNya. Sehari selepas hari Anniversary kami, datuk suamiku meninggal dunia. Kesian juga lihat suamiku...as the only muslim in his family , kehilangan datuknya yang sudah dianggap ayah sendiri sukar untuk di hadapi. Apatah lagi, dia menjaga suamiku sejak umurnya 3 tahun lagi. Permergian datuknya amat sangat terkilan di hati nurani kerana datuknya tidak menganut Islam.

Hajat di hati nak cuba lafazkan kalimah "Allah" di telinga semasa nazaknya, tapi tidak kesampaian. Kami tinggal di Virginia dan datuknya di California. Timur dan barat jauhnya. Itu benar benar kehendak Allah. Semoga suamiku dikuatkan semangat dan keimanan oleh Allah swt. Amin...
Gambar kenangan anak anak bersama grandma and grandpa. We all going to miss you grandpa...

Friday, May 1, 2009

Happy 12th Annivesary!!

Alhamdulillah, hari genap 12 tahun kami berumahtangga.How time flies. With 4 zuriat yang dikurniakan Allah, I feel bless. Semoga menjadi anak anak yang soleh hendaknya. As for my hubby, 12 years of mariage ...thank you for being you. May Allah reward us all with His Jannah. " Cara mia, ti voglio bene ".

Anak anak with funny faces: Izzuddin,Seifuddin, Nuruddin and Tasneem