Thursday, May 7, 2009

Sudah kehendak Ilahi...

DariNya kita datang kepadaNya kita kembali....Tak kira siapa kita. Islam, Kristian, Yahudi atau tidak beragama, kita semua adalah hambaNya. Sehari selepas hari Anniversary kami, datuk suamiku meninggal dunia. Kesian juga lihat suamiku...as the only muslim in his family , kehilangan datuknya yang sudah dianggap ayah sendiri sukar untuk di hadapi. Apatah lagi, dia menjaga suamiku sejak umurnya 3 tahun lagi. Permergian datuknya amat sangat terkilan di hati nurani kerana datuknya tidak menganut Islam.

Hajat di hati nak cuba lafazkan kalimah "Allah" di telinga semasa nazaknya, tapi tidak kesampaian. Kami tinggal di Virginia dan datuknya di California. Timur dan barat jauhnya. Itu benar benar kehendak Allah. Semoga suamiku dikuatkan semangat dan keimanan oleh Allah swt. Amin...
Gambar kenangan anak anak bersama grandma and grandpa. We all going to miss you grandpa...

No comments:

Post a Comment